Resepi

Senarai Resipi

MAZ Cheezy Meatball #resepimudah

Bahan-bahannya:

  • 500g bebola daging
  • 1 biji bawang holland didadu
  • 4 keping keju
  • 3 sudu besar Cili Giling Maz
  • 1 tin kecil sos prego (Tomato, Selasih dan Bawang Putih)
  • Sepeket kecil sayur campur
  • 2 sudu kecil blackpepper
  • Bahan perasa secukupnya

Cara membuatnya:

  • Goreng bebola daging hingga warna menjadi coklat (setelah masak, toskan minyak dan asingkan)
  • Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang holland hingga naik bau
  • Masukkan sayur campur dan gaul sebati
  • Masukkan 3 sudu cili giling MAZ dan gaul sebati
  • Masukkan 1 tin sos Prego dan Gaul mesra dengan kesemua bahan-bahan
  • Masukkan 2 sudu kecil lada hitam
  • Perasakan dengan serbuk perasa
  • Masukkan bebola daging yang telah digoreng dan gaul sebati dan masak sehingga kuah mendidih
  • Masukkan 4 keping keju suusn diatasnya dan tutup periuk dan masak hingga keju cair
  • Keju dah mencair masakan boleh sedia dihidang

Asam Pedas Kepala Ikan Merah

Bahan-Bahannya:

  • 800gm Cili Giling Maz
  • 3kg Kepala Ikan Merah
  • 24biji Bawang Merah Kecil (dikisar)
  • 16biji Bawang Putih (dikisar)
  • 2biji Bawang Besar(dikisar)
  • sedikit halia (dikisar)
  • 8Tangkai Daun Kesom
  • 10Cawan Air
  • 2 Cawan Minyak Masak
  • sedikit halia
  • sedikit asam gelugor (asam keping)
  • sedikit serbuk perasa dan garam

Cara Membuatnya:

  • Panaskan minyak,tumis bahan yang telah dikisar.
  • Masukkan Cili Giling Maz, tumis lagi hingga garing.
  • Masukkan air bersama garam biar sehingga mendidih.
  • Masukkan kepala ikan merah.
  • Masukkan asam gelugor (asam keping)
  • Masukkan daun kesom, didihkan sehingga ikan betul-betul masak.

Nasi Goreng Sosej Bebola

Hi korang, resepi #mudah dan #sedap kali ini menggunakan cili giling MAZ yang dijamin tidak pedas. Maka tidak menjadi masalah untuk anak-anak menikmatinya.

Bahan-bahannya:

  • Nasi sejuk
  • Sosej
  • Bebola Daging
  • Cili Giling Maz
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Garam
  • Ajinomoto

Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak dan masukkan 2-3 sudu cili giling MAZ panaskan hingga separa masak
  • Masukkan bahan-bahan tumisan yang telah ditumbuk dan goreng sehingga garing
  • Perasakan garam dan aji secukup rasa
  • Jika tumisan kering tambahkan minyak jika perlu
  • Masukkan bebola daging dan sosej yang telah dipotong dan gaul sebati sehingga masak garing
  • Masukkan nasi yang telah dileraikan dan gaul hingga sebati.
  • Jika anda sukakan nasi goreng yang sedikit basah goreng sekejap sahaja. sekadar gaul sebati dan masak hingga panas sahaja.
  • Jika mahukan nasi goreng yang garing anda boleh masak lama sedikit sehingga nasi nampak kering sedikit.

Ikan Tongkol Masak Kari ke Kicap

Plan awal nak masak Ikan Tongkol masak Kari tapi berlaku pula kesilapan teknikal maka masa tengah memasak tu terpaksa tukar plan. Jadilah Ikan Tongkol Masak Kicap. Bahan-bahannya seperti di bawah :

Bahan-bahannya:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 4 sekawan (kulit kayu Manis, buah pelaga, bunga lawang dan Cengkih)
  • Cili Giling Maz
  • Air asam jawa
  • Kicap
  • Bahan perasa seperti ajinomoto

Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak
  • Tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau (Api sederhana)
  • Masukkan 2 hingga 3 sudu cili giling MAZ dan gaul sebati (Tambah beberapa sudu cili giling MAZ untuk warna yang lebih menarik)
  • Masukkan 4 sekawan
  • Masukkan kentang yang dipotong kecil
  • Masukkan secawan air
  • Cek kentang dengan menggunakan garpu atau lidi
  • Jika kentang empuk baru masukkan ikan tongkol
  • Masukkan air asam secukupnya
  • Masukkan ajinamoto sedikit dan tutup periuk dan tunggu sehingga ikan masak sekata
  • Masukkan kicap agak-agak dan gaul sebati

Sambal Sotong

Bahan-Bahannya

  • 2-3 biji Cili besar (hiasan)
  • 2-3 biji Bawang merah (ditumbuk)
  • 2-3 biji Bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci Halia (ditumbuk)
  • 150 gm Cili Giling MAZ
  • 2-3 sudu besar Minyak masak
  • 500 gm Sotong

Cara Membuatnya:

  • Panaskan minyak, tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga garing.
  • Masukkan Cili Giling MAZ 150gm, tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sotong yang telah dibersihkan dan perasakan dengan garam dan gula.
  • Biarkan sehingga sotong masak dan masukkan hirisan bawang merah.
  • Hiaskan masakan dengan cili besar dan siap untuk dihidang.

Asam Pedas Sedap Edisi PES Cili Giling Merah

Bahan-bahannya

  • Pes Cili Giling MAZ
  • Air 600 Liter
  • Ikan atau ayam
  • Daun Kesum
  • Bunga Kantan

Cara membuatnya:

  • Panaskan api dengan api sederhana, tidak perlu minyak untuk tumisan
  • Masukkan 2-3 sudu pes Cili Giling MAZ ke kuali
  • Tumis sebentar hingga panas
  • Masukkan 400 Liter air atau lebih dan masakkan hingga mendidih
  • Masukkan ikan atau ayam dan tambah air hingga bahan separa tenggelam
  • Tutup kuali dan masak hingga Mendidih
  • Balikkan ikan atau ayam supaya masak sekata
  • Masukkan daun kesum dan bunga kantan (jika anda suka)
  • Perasakan Garam ikut selera anda

Ikan Goreng Sambal Menggunakan Cili Giling MAZ

Bahan-bahannya:

  • 6-10 ekor ikan (selayang)
  • 1 biji bawang besar (saiz besar)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2-4 sudu Cili Giling Maz
  • 150g Air asam jawa Serbuk perasa (aji dan garam)

Cara Membuatnya:

  • Tumis 2-4 sudu cili giling Maz sehingga garing
  • Masukkan bahan tumisan yang dah ditumbuk iaitu bawang besar merah, bawang putih dan halia. Goreng sehingga naik bau.
  • Perasakan Ajinamoto atau garam secukup rasa
  • Masukkan ikan dan balikkan hingga sebati
  • Masukkan air asam jawa dan gaul hingga sebati
  • Aksesori boleh hias dengan hirisan bawang

Ikan Pelaling Masak Asam Pedas

Bahan-bahannya

  • 5-6 ekor ikan pelaling @ ikan pilihan anda
  • 1 inci halia – ditumbuk
  • 1 inci kunyit hidup – ditumbuk
  • 3-4 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 3-4 ulas bawang kecil/bawang besar – ditumbuk
  • 2-3 sudu Cili Giling Maz
  • Sedikit air asam jawa
  • sedikit daun kesum / daun kari
  • 1 liter air
  • garam dan serbuk perasa

Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bahan tumisan yang ditumbuk sehingga naik bau
  • Masukkan 2-3 pes cili giling MAZ dan goreng sebati
  • masukkan daun kari atau daun kesum goreng sekejap
  • Perasakan tumisan dengan garam dan perasa
  • Masukkan air asam jawa gaul sebati
  • masukkan 1 liter air dan kacau sebati jika nak kuah pekat masukkan agen pemekat seperti bancuhan tepung jagung
  • kemudian masukkan ikan pelaling. Boleh digantikan dengan bahan seperti ayam atau ikan jenis lain.
  • Tutup periuk dan masak hingga air mendidih
  • Setelah bahan dah masak mendidih dan ikan pon sudah masak. Boleh lah dihidangkan bersama nasi panas.

Maz Daging Kicap dengan Sosej Keju dan Kentang

Bahan-Bahannya

  • 2-4 biji Cili padi (optional)
  • 2-3 biji Bawang besar @ kecil (ditumbuk)
  • 1/2 inci Halia (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil Serbuk bawang putih
  • 500 gm Daging dihiris dan direbus
  • 4 batang Sosej keju (ikut selera)
  • 1 biji Kentang didadu
  • 2-3 sudu Cili Giling MAZ
  • 2-3 sudu Sos lada hitam
  • sedikit Air asam jawa
  • 4-5 sudu Kicap manis

Cara Membuatnya:

  • Rebus hirisan daging dengan air yang sedikit, gaul sebati sehingga daging kelihatan pucat.
  • Masukkan bahan yang telah ditubuk dan Cili Giling MAZ, gaulkan sebati dengan daging sehingga garing.
  • Masukkan Kentang dan sosej keju yang telah digoreng.
  • Masukkan sos lada hitam dan sedikit air asam jawa.
  • Masukkan 4-5 sudu kicap manis, tutup dalam 1-2 minit supaya semua bahan mesra. Tutup api dan siap dihidang.

Profile Syarikat

Nama  Syarikat                                                :Perusahaan Maz Sdn. Bhd.
No. Pendaftaran                                              :237020-D
Tarikh Pendaftaran                                          :25 Mac 1992
Alamat Berdaftar                                             :8, Jalan Setia 5/15,
Taman Setia Indah,
81100 Johor Bahru,
Johor
Alamat                                                              :No. 2, Kilang Inkubator GMP Kejora
Lot PTB 1295 B, Jalan Mutahir 7
81440 Bandar Tenggara, Johor.
No. Tel                                                             :013-7050214
E-mel:perusahaanmaz@yahoo.com
Jenis Perniagaan                                            :Pembuatan Makanan
Jenis Produk                                                   :Pes Cili / Cili Kisar
Kapasiti Pengeluaran Semasa                       :170 Tan Per Bulan
Jumlah Pekerja                                                :25 Orang
Modal Dibenarkan                                           :RM1,000,000.00
Modal Berbayar                                               :RM 255, 802.01
Pengarah Syarikat / Pemegang Saham:Othman bin Teik

Mohd Syafie bin Othman

Mohamed Farok bin Zahiruddin

Mohd Rosdi bin Ibrahim

Jayasalam bin Kamaludin
Telah meninggal dunia pada 06.04.2011
Pengarah Urusan                                            :Othman bin Teik
Pengurus Pentadbiran dan Kewangan          :Mohd Syafie bin Othman
Pengurus Pengeluaran                                   :Mohamed Farok bin Zahiruddin
Pengurus Pemasaran                                     :Mohd Rosdi bin Ibrahim
Shopping Cart
ms_MYMalay