Mengenai Kami

Sejarah Syarikat

Perniagaan ini pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan oleh Haji Othman bin Teik bersama isterinya Hajjah Maznah binti Wagiman pada tahun 1983 di Rantau Panjang, Selangor.

Perusahaan kecil tersebut berjalan lancar dan maju hinggalah pada tahun 1989 Hj. Othman telah membuat keputusan untuk mengembangkan pasaran ke selatan tanah air. Sebuah kilang kecil telah dibuat di bangunan rumah kedai di Taman SEDC, Tampoi, Johor Bahru.

Pada 25 Mac 1992, Hj Othman bersama para rakan kongsi telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama PERUSAHAAN MAZ SDN BHD yang terus kekal maju dan menjadi saingan yang kuat dalam industri memproses cili kisar di Malaysia.

Kilang memperoses cili telah berpindah ke Kampung Sungai Danga, Tampoi. Produk yang dikeluarkan semakin dipelbagaikan. Syarikat semakin berkembang maju dan produk telah dipasarkan ke seluruh semenanjung. Malah, produk MAZ telah berjaya dieksport ke Singapura dan masih kekal hingga ke hari ini.

Syarikat yang 100% milik bumiputera Malaysia Islam ini terus berkembang sehingga berjaya menubuhkan cawangan di Melaka bagi membantu melicinkan pemasaran ke seluruh negara. Kini bukan setakat kedai runcit dan pasaraya kecil sahaja yang menjual produk MAZ, malah produk MAZ boleh didapati di semua pasaraya Hyper di seluruh negara.

Pada tahun 2014, syarikat telah berpindah di Kilang Inkubator GMP Kejora, Bandar Tenggara. Perpindahan ini membolehkan syarikat membangunkan sistem GMP dan HACCP untuk mencapai standard kualiti global. Kilang baru di Bandar Tenggara ini lebih moden, dilengkapi mesin dan peralatan yang lebih baik dan mempunyai persekitaran yang lebih hygine dan dinamik, sesuai dengan amalan GMP dan HACCP yang ingin diterapkan.

Kami di Perusahaan Maz Sdn Bhd sangat komited untuk terus maju dan menyumbang kepada rakyat Malaysia dengan membekalkan makanan yang bersih, suci, halal dan berkhasiat.

Shopping Cart
ms_MYMalay